tetiba-tiba.....

Posted on 8:21 PM

tetiba-tiba arini aku teringat 1 cite.cite psl sorg nabi Allah.(aku lupa la nabi apa).
kisah dia cmni......

pada 1 ketika, nabi Allah ni dah xthn lg dgn sikap umat2nya.mereka tidak langsung peduli tentang ajaran yang dibawa olehnya.malah umatnya menentang dia.dia rasa sedih sekali...dalam masa yang sama dia marah dgn umat2 dia nih.

oleh kerana terlalu sedih dan marah,dia telah berdoa kepada Allah supaya dibinasakan umat dia tu.yela,xdgr ckp,degil,dah tu menentang perintah yang telah diturunkan oleh Allah.tidak dinafikan,nabi adalah seorang manusia yang mulia di sisi Allah dan tahap kesabaran para nabi adalah sangat tinggi.tetapi, nabi juga seorg manusia.ada tahap kesabaran...

Allah telah mendengar doa hambaNya.Allah maha bijaksana....dgn perutusan malaikat,Allah telah memberitahu nabi itu bahawa dia boleh membinasakan umat nabi tersebut.tetapi sebelum itu,Allah memerintahkan nabi tersebut pergi mencari tanah dari beberapa bukit yang berbeza.kemudian beberapa lagi bahan2 lain.bersusah payah nabi mencari bahan2 tersebut.naik turun bukit.bahan2 yang lain pon bkn main susah dia dapatkan.tetapi dia tetap berusaha kerana itu adalah perintah drp Allah.

setelah semua bahan telah dikumpul, Allah telah perintahkan nabi tersebut membuat sebuah pasu yang paling cantik dgn ciri2 yang telah ditetapkan.nabi tertya2 kenapa Allah perintahkan dia berbuat demikian.setelah beberapa hari,dia telah berjaya menyiapkan pasu tersebut.gembira rasanya hati kerana dia telah berjaya membuat sebuah pasu yang begitu cantik.dia sukakan pasu tersebut.dia sygkan pasu tersebut kerana dia telah berusaha dgn bersungguh2 utk menyiapkan pasu tersebut.dia pon berdoa dan bersyukur kepada Allah kerana dia telah menyiapkan pasu tersebut.dlm masa yang sama menurut perintah Allah.

tiba2 Allah menurunkan perintah kepada nabi tersebut untuk menghancurkan pasu tersebut sehingga berkecai.jgn ada sedikit pon sisa pasu tersebut.Nabi amat terkejut dgn apa yang Allah perintahkan kepadanya.lalu nabi bertya kepada Allah, ya Allah,mengapakah engkau perintahkan aku untuk menyiapkan pasu yang cantik ini,dengan bersusah payah,dan tiba2 engkau mahu aku hancurkan pasu yang telah aku bt ini?

lalu Allah menjwb kata2 nabi,Aku mencipta hamba2Ku dengan kasih sayang sebagaimana engkau mencipta pasu tersebut.Aku mengasihi hamba2Ku.Aku menyayangi hamba2Ku.Walaupun mereka kufur terhadapKu tetapi mereka tetap hambaKu.tetapi engkau telah berdoa kepadaKu untuk membinasakan mereka.padahal Aku amat sayangkan mereka,mengasihi mereka.sanggupkah engkau membinasakan apa yang telah engkau cipta,kasihi,sayangi?

lalu nabi telah tersedar.menangis,menyesal dgn apa yang dia telah lakukan.lalu memohan kemaafan drp Allah.

so cmtu la kisahnya.ingat2 lupa je cite tu.dr cite nih,moral of the story,utk iktibar aku dan sesiapa sj yang membaca:

1. jgn la hukum org len sesuka suki.kite xde hak pon nak hukum org len.even nabi pon Allah tegur sb berdoa supaya Allah hancurkan umat dia.

2. kite semua adalah hamba Allah.Allah yang mencipta kite.baik buruk kite,sume tu Allah yang cipta kite.ada kelebihan dan kekurangan.walaupun kite ada kekurangan,ada kelebihan,bersyukur la kepada Allah.jgn la yang mempunyai kelebihan ni merendah2kan yang mempunyai kekurangan.dgn kata lain mengutuk org len la.huhu....senang cite.
xbaik la kite kutuk org.sb org yang kite kutuk tu,hamba Allah jugak.kutuk org tu,bermakna kite kutuk pencipta dia gak kan?cube kite cipta 1 robot.kite adalah tuan kepada robot tersebut.tiba2 ada lak org len datang kutuk2 robot kite tu.maki2 robot kite tu.agak2 nak x kite lempang org tu laju2?kutuk2 ciptaan kite plak.

so kat cni aku nak mintak maaf la kalo aku slama ni ada terkutuk sesapa ker,yang trasa ati ngn aku ker.aku pon manusia biasa.mintak maaf byk2.terasa insaf lepas teringat cite ni.huhuhu.....

huh~!

panjang lebar lak menaip mlm nih.hahaha....
ada gak benda terjadi kat aku arini.ada yang best,ada yang kurang best.aishhhhh.....
pk benda best jela.nak sedih2 smpi bila nak pk benda sedih.hal sedih yang leh setel,setel.kalo xleh setel,nak bt cmner kan.

wohoooo!!!!!!!!!

1 Response to "tetiba-tiba....."

Anonymous Says:

u r strong enough..like ur spirit...

Post a Comment